GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kuala Krai: Polis menahan dua lelaki dan merampas 20,000 kilogram (kg) baja bersubsidi bernilai RM400,000, Ahad lalu.

Kedua-dua suspek berusia 31 tahun itu ditahan menerusi Op Taring Wawasan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dengan dibantu Unit Kereta Peronda (MPV) di hadapan Uptown Medan Warisan, Kuala Krai, jam 6.30 petang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menahan dua lori yang mencurigakan dan pemeriksaan lanjut menemukan 20,000kg baja.

"Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan

yang dibawa.

"Anggaran nilai rampasan RM400,00 dan kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dan barang rampasan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 5:32 PM