MORUK
MORUK

Dili (Timor Leste): Bekas ketua gerila di Timor Leste mati dibunuh dalam satu pertempuran dengan pihak berkuasa kelmarin.

Seorang jurucakap kerajaan berkata, Mauk Moruk terbunuh ketika cuba ditangkap dalam satu operasi oleh polis dan tentera di bandar Fatulia di wilayah Harare.

“Setiap usaha dibuat ketika operasi bagi mengelak kesan seperti ini.

“Malangnya, pihak berkuasa gagal mengelakkan pertempuran dan berbalas serangan,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan semalam.

Terdapat dua lagi mangsa yang maut dan beberapa orang cedera tetapi jurucakap itu tidak mendedahkan identiti mereka.

“Kerajaan juga meminta rakyat supaya bertenang,” jelasnya.

Moruk menentang pemerintahan bekas Presiden dan juga Perdana Menteri, Xanana Gusmao.

Gusmao adalah wira Timor Leste kerana berjaya membawa negara itu merdeka daripada Indonesia pada 2002.

Pihak berkuasa memburu Moruk selepas kumpulannya melancarkan beberapa serangan terhadap polis termasuk pada 8 Mac lalu yang menyebabkan empat anggota polis cedera. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 7:40 AM