ZII Jia mara ke pusingan kedua perseorangan lelaki selepas menewaskan Ka Long. FOTO REUTERS
ZII Jia mara ke pusingan kedua perseorangan lelaki selepas menewaskan Ka Long. FOTO REUTERS
Fabian Peter


Hangzhou: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia layak ke pusingan kedua Sukan Asia Hangzhou.

Pada pertarungan pusingan pertama hari ini, pemain profesional berusia 25 tahun itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long 15-21, 21-15, 21-16.

Kemenangan itu hadir sebagai pembakar semangat untuk Zii Jia yang sedang bergelut, selepas tewas dalam empat daripada lima pertemuannya sebelum ini kepada Ka Long.

Lawan Zii Jia seterusnya ialah Maurinho Gusmao de Jesus dari Timor Leste.

Terdahulu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Andy Kwek-Crystal Wong dari Singapura 21-17, 21-13, di Gimnasium Binjiang di sini.

Gandingan nombor 9 dunia itu akan menentang pemenang perlawanan antara K Sai Praneeth-Tanisha Crasto dari India dan Leong Iok Chong-Weng Chi Ng dari Macau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 1:27 PM