Jakarta: Gempa bumi sekuat 6.3 magnitud melanda timur Indonesia hari ini, menyebabkan kerosakan rumah dan bangunan.

Menurut kenyataan agensi bencana Indonesia, belum ada laporan kecederaan atau kematian akibat gempa bumi yang yang turut menggegarkan negara jiran Timor Leste.

“Beberapa bangunan dilaporkan rosak dan talian telefon terputus,” kata jurucakap agensi itu.

Gempa itu berpusat 83 kilometer dari Dili, ibu negara Timor Leste. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 4:34 PM