ZII Jia tenang selepas menewaskan pemain Timor Leste, Zefi Costa. FOTO Asyraf Hamzah
ZII Jia tenang selepas menewaskan pemain Timor Leste, Zefi Costa. FOTO Asyraf Hamzah
Fabian Peter


Hangzhou: Isu membabitkan pemain perseorangan badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia (LZJ) dengan pihak media akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak dijemput dalam satu mesyuarat tertutup, semalam.

Ketua kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt mengambil inisiatif menyelaras pertemuan antara pengurus pasukan LZJ, Lee Zii Yii dan wartawan, bagi menangani isu berkaitan insiden di zon media di gimnasium Binjiang pada Khamis lalu, yang menyaksikan salah faham babitkan kedua-dua pihak.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), pertemuan berkenaan berjalan lancar dengan masing-masing mahu melupakan insiden berkenaan demi kebaikan kontinjen Malaysia.

Kelmarin Zii Jia mempamerkan aksi lebih bertenaga apabila berjaya melangkah ke pusingan kedua acara perseorangan apabila menewaskan pemain Timor Leste, Mourinho Gusmao de Jesus menerusi kemenangan 21-0, 21-7.

Zii Jia berkemungkinan akan berdepan penyandang juara dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada pusingan berikutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 3:22 PM