Kuala Lumpur: Tropicana Corporation Berhad mengagihkan hadiah bernilai lebih RM2.3 juta kepada enam pemenang bertuahnya sempena kempen Impian Pelaburan Tropicana.

Ketua Pemasaran dan Jualannya, Ung Lay Ting berkata, kejayaan kempen itu bukan sahaja mengukuhkan lagi hubungan antara Tropicana dengan pelanggannya, malah dapat memberi sesuatu yang bernilai sebagai ganjaran.

“Kami memperuntukkan masa berminggu untuk menilai keputusan pelanggan yang menyertai kempen terbabit sekali gus memahami apa yang diinginkan oleh mereka untuk melabur dalam hartanah Tropicana.

“Kempen pelaburan ini adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat dan untuk terus berhubung dengan pelanggan serta komuniti kami menerusi platform digital dan dalam talian,” katanya, baru-baru ini.

Kempen Impian Pelaburan itu dilancarkan pada 6 Mac dan berakhir 16 April 2015 selain dipaparkan selama enam minggu menerusi Facebook Tropicana. Peserta perlu memilih hartanah Tropicana kegemaran mereka dan kemudian berkongsi paparan mengenai kempen terbabit.

Sepanjang kempen itu, Tropicana turut memberi hadiah seperti iPad mini, iPad air, iMac, MacBook dan Samsung Galaxy Note bagi pemenang kuiz mingguan manakala enam pemenang bertuah berpeluang menggandakan pelaburan dan membeli hartanah Tropicana di kawasan perdana pada separuh harga.

Pemenang terbabit ialah Lim Kea yang membeli unit kediaman Tropicana Gardens, Kota Damansara pada harga senarai RM739,000 dan Helen Le yang membeli unit Tropicana Heights, Kajang (RM835,800) serta S Narentharen yang membeli Arena Mentari, Bandar Sunway pada harga senarai RM788,800.

Tiga lagi ialah Vun Siew Fu yang membeli Tropicana Metropark, Subang Jaya pada harga senarai RM561,000; Kelvin John Nathan (Tropicana Avenue, Petaling Jaya pada harga senarai RM959,900) dan Chiam Ah Moy (Tropicana Cheras, Cheras pada harga RM747,520).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 5:34 AM