TWINPINES Serviced Suites terletak di pertengahan bukit Genting Highlands.
TWINPINES Serviced Suites terletak di pertengahan bukit Genting Highlands.
Nurul Sabrina Jamali


TROPICANA Grandhill antara pelan induk yang dibina Tropicana Corporation Berhad (Tropicana).

Ia merekodkan pengambilan yang kukuh untuk fasa pertama tawaran kediamannya di Genting Highlands, Pahang.

Kediaman ini terletak di tengah-tengah bukit dengan pemandangan alam semula jadi yang memukau.

TwinPines Serviced Suites umpamanya, antara kediaman yang popular dalam kalangan perunding hartanah tempatan dan antarabangsa.

Kediaman ini juga mempunyai permintaan tinggi kerana lokasinya yang strategik dan reka bentuk bangunannya menarik.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Tropicana, Jared Ang berkata, TwinPines Serviced Suites yang terletak atas tanah pegangan bebas seluar 1.4 hektar yang menawarkan 13 susun atur ini dapat memenuhi keperluan hidup dan pelaburan yang luas.

"Pemilik boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan seperti kehijauan alam semula jadi dan persekitaran sejuk di tanah yang tinggi.

PEMBANGUNAN yang eksklusif ditawarkan.
PEMBANGUNAN yang eksklusif ditawarkan.

"Kami juga sangat gembira atas faktor tarikan yang memberi kesan kepada pembeli dan meneruskan bukti pendekatan pembangunan Tropicana ini dengan konsep 'Mendefinisi Semula Seni Hidup," katanya.

Justeru, selaras dengan DNA pembangunan unik kumpulan, TwinPines Services menawarkan kemudahan gaya tempat peranginan termasuk kolam renang yang mempunyai pemanas air, tab mandi jakuzi, gimnasium dan studio yoga.

Tropicana Grandhill juga adalah sebahagian daripada Tropicana WindCity dan satu-satunya pelan induk bersepadu pegangan bebas di Genting Highlands.

Ia menawarkan gaya hidup yang holistik (menyeluruh) dan kemudahan akses dengan hanya 40 kilometer dari Kuala Lumpur.

Tropicana WindCity digambarkan sebagai pelan induk seluas 241 hektar yang terdiri daripada tiga daerah tersendiri.

Antaranya ialah Tropicana Paradise yang mempunyai lot vila eksklusif dilengkapi dengan komponen komersial dan runcit, Tropicana Avalon iaitu pusat komersial yang menyeronokkan dengan gabungan gaya hidup dan Tropicana Grandhill.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mei 2023 @ 6:42 AM