Oleh Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 272,000 pil kuda bernilai RM6.2 juta dalam serbuan di sebuah rumah terbiar di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas, kelmarin (Isnin lalu).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, rampasan itu dibuat oleh Pasukan Khas Kontinjen Kelantan bersama Pasukan Gerakan Am Batalion ke-8 jam 10.30 malam.

Katanya, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat.

"Dadah itu kita temui di dalam tiga bungkusan plastik yang disembunyikan di dalam kolah terbiar sedalam 0.9 meter.

"Kita percaya dadah itu adalah untuk pasaran tempatan, Terengganu, Pahang dan Perak untuk bekalan pada musim perayaan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 3:54 PM