FOTO menunjukkan keadaan sebelum dan selepas pokok Sycamore Gap itu tumbang. FOTO AFP
FOTO menunjukkan keadaan sebelum dan selepas pokok Sycamore Gap itu tumbang. FOTO AFP
AFP

London: Dua lelaki didakwa melakukan jenayah kerosakan selepas menebang pokok Sycamore Gap, tarikan pelancongan utama, di sebelah Tembok Hadrian (Hadrian's Wall), kata pendakwa raya. semalam.

Tembok itu adalah Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dekat timur laut England.

Pokok berusia lebih 200 tahun di Taman Negara Northumberland itu ditemukan tumbang selepas ribut pada September tahun lalu.

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS) berkata, Daniel Graham, 38, dan Adam Carruthers, 31, juga didakwa menyebabkan jenayah kerosakan pada Tembok Hadrian.

Kedua-dua tertuduh itu hadir di hadapan majistret di Newcastle, pada 15 Mei lalu.

Pokok Sycamore Gap itu menjadi terkenal di peringkat antarabangsa apabila digunakan untuk adegan dalam filem blockbuster pada 1991, Robin Hood: Prince of Thieves. Filem itu dibintangi oleh Kevin Costner.

Pokok itu memenangi Woodland Trust's Tree of the Year pada 2016 dan menjadi tarikan utama pelancong dengan gambarnya dirakam oleh jutaan pelawat.

Usaha kini sedang dijalankan untuk melihat sama ada pokok itu boleh ditanam semula daripada tunggul atau anak pokoknya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 10:43 AM