SELUAR denim jenama Jordanluca itu mendapat perhatian ramai kerana rekaannya yang mempunyai ‘kesan gelap yang besar’ di bahagian kelengkang. FOTO Agensi
SELUAR denim jenama Jordanluca itu mendapat perhatian ramai kerana rekaannya yang mempunyai ‘kesan gelap yang besar’ di bahagian kelengkang. FOTO Agensi
Agensi

London: Seluar denim jenama Jordanluca yang diperkenalkan pada satu pertunjukan fesyen di sini, baru-baru ini, mendapat perhatian ramai kerana rekaannya yang mempunyai 'kesan gelap yang besar' di bahagian kelengkang.

Mirror UK melaporkan, rekaan itu menyebabkan jenama denim berkenaan dikecam kerana kelihatan seperti mempunyai tompokan air kencing.

Meskipun begitu, jenama fesyen Itali-British itu habis dijual dalam talian dengan harga kira-kira 500 pound Sterling (kira-kira RM2,990) setiap satu.

Denim itu juga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

"Tidak perlu lagi menunggu di bilik mandi," tulis seorang pengguna media sosial.

"Mengapa ada yang memakai ini?" tulis seorang lagi netizen.

Jordanluca diasaskan oleh Jordan Bowen dan Luca Marchetto pada 2018. Ia terkenal dengan reka bentuk unik termasuk denim dengan zip melintang di bahagian kelengkang, atau baju dengan bukaan lengan dan kepala di kedua-dua hujungnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 11:32 AM