FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hmetro.com.my


Hulu Terengganu: Seorang kakitangan Jabatan Penjara Ayer Molek, Johor, ditemui lemas selepas bot gentian kaca dinaikinya terbalik dalam kejadian di Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa Azhar Kimin, 31, berasal dari Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, menaiki bot berkenaan bersendirian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, mayat mangsa ditemui orang awam sebelum ketibaan anggota penyelamat kira-kira 3.30 petang.

"Mayat mangsa kemudian dibawa anggota penyelamat ke Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

"Mangsa dipercayai baru tiba di Tasik Kenyir bersama beberapa rakan pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 8:21 PM