KLANG 18 April 2015. Keadaan pondok pengawal selepas dibakar dalam kejadian bakar pondok pengawal, dan serang pengawal keselamatan, satu pengawal keselamatan maut manakala lima cedera di jalan Rodat 1, Jalan Rodat 14, Bandar Bukit Raja, Klang. STR/Mohd Asri Saifuddin Mamat

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Lapan suspek kes tetak dan bakar pengawal keselamatan di Bukit Raja awal pagi semalam ditahan di sekitar Klang.

Semua suspek berusia antara 26 hingga 59 tahun itu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap dan ditahan dalam tiga serbuan di Bukit Raja dan Meru, Klang, dari 11 malam hingga 4 pagi tadi.

Menurut sumber polis, pihaknya sudah mengenal pasti suspek kerana segelintir daripada mereka sudah beberapa tahun aktif dalam kumpulan gangster berkenaan.

"Semua suspek ditahan dalam tiga serbuan di kawasan awam dan di premis di Bukit Raja serta Meru," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohammad Shukor Sulong berkata, semua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam seorang pengawal keselamatan maut manakala enam yang lain cedera selepas ditetak.

Tiga pondok keselamatan turut dibakar dalam kejadian di Bandar Bukit Raja.

Berkaitan

- Nasihat terakhir suami: http://hmtro.com/1JUlYdo

- Kejadian terlalu pantas: http://hmtro.com/1HGllox

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 3:32 PM