MUHYIDDIN membalas lambaian selamat datang ketika hadir pada Majlis Pelancaran Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
MUHYIDDIN membalas lambaian selamat datang ketika hadir pada Majlis Pelancaran Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
Oleh Ardyhansah Amat

Foto Malai Rosmah Tuah

Kota Kinabalu: Program Rukun Tetangga (RT) dalam melaksanakan pelbagai aktiviti masyarakat perlu diperluaskan khususnya berkaitan ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia dilihat berupaya melahirkan usahawan kecil selain menyediakan tenaga kerja berkualiti kepada masyarakat.

“Melalui kaedah ini juga, ia sekali gus membantu menjana ekonomi penduduk setempat dan memantapkan fungsi serta peranan RT di alaf baru ini.

"Selain itu, berhubung fungsi utama RT dalam memupuk dan menyuburkan perpaduan, skim rondaan RT berupaya menangani masalah jenayah serta masalah sosial di samping mewujudkan hubungan perpaduan di kalangan penduduk setempat," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2014, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak; Yang Dipertua Dewan Rakyat Negeri, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sukarti Wakiman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 1:27 PM