AHMAD Zahid (dua kanan) merasmikan pelancaran sambil diperhatikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (tiga kanan) pada Majlis Perasmian Hari Terbuka KDN Kementerian Dalam Negeri. FOTO Rasul Azli Samad
AHMAD Zahid (dua kanan) merasmikan pelancaran sambil diperhatikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (tiga kanan) pada Majlis Perasmian Hari Terbuka KDN Kementerian Dalam Negeri. FOTO Rasul Azli Samad
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Dua belas suspek sudah ditahan polis setakat semalam bagi membantu siasatan membabitkan isu kehilangan senapang milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kedah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, 12 suspek berusia 40-an hingga 60-an yang terdiri daripada anggota RELA dan juga pembeli ditahan di utara tanah air.

"Selepas semakan semula, kita dapati hanya 26 laras senapang hilang dan sudah menjumpai 11 daripadanya, berikutan tangkapan yang dibuat.

“Jadi hingga kini, 15 laras senapang lagi belum di temui dan saya mahu beri peluang kepada mereka yang beli senjata api daripada orang-orang berkenaan segera serahkan diri kepada polis, kerana kita sudah mengenalpasti mereka semua," kata Khalid ketika ditemui selepas Perasmian Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks KDN Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan melakukan tangkapan seterusnya di Selangor.

Harian Metro hari ini melaporkan, 44 senapang milik RELA ‘ghaib’ selepas disyaki dilarikan dan dijual secara haram.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 4:07 PM