GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan lelaki yang tular kerana berbogel sambil melakukan aksi kurang sopan berhampiran premis di Jalan Radin Bagus 1, Bandar Baru Sri Petaling di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesan video aksi lelaki terbabit di aplikasi X pada 12.54 tengah malam tadi.

"Satu laporan polis dibuat bersangkut kes itu untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995.

"Siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengesan suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 10:32 PM