Datuk Hussein Omar Khan. FOTO NSTP.
Datuk Hussein Omar Khan. FOTO NSTP.
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Suspek kedua yang ditahan susulan insiden simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim diberkas di sekitar Bandar Baru Bangi.

Mengesahkan penahanan itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan lewat petang semalam.

"Kita akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

"Sementara suspek pertama yang direman dua hari sehingga hari ini akan dibebaskan dengan jaminan.

"Bagaimanapun, kita akan tahan semula memandangkan suspek didapati positif dadah," katanya ketika dihubungi.

Hussein berkata, siasatan juga dijalankan untuk mengetahui bagaimana suspek memperoleh asid itu.

Media sebelum ini melaporkan Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di parkir sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2024 @ 11:37 AM