INOUE (kanan) melakukan serangan ke atas Nery. FOTO AFP
INOUE (kanan) melakukan serangan ke atas Nery. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Juara dunia super bantamweight Jepun, Naoya Inoue berkata, ketakutan awal membuatkan dia 'bersemangat' selepas menghalang lawan dari Mexico, Luis Nery pada pusingan keenam untuk mempertahankan kejuaraannya di Tokyo Dome.

Kira-kira 43,000 peminat memenuhi venue terkenal untuk perlawanan tinju pertama di sana sejak James 'Buster' Douglas menumpaskan juara heavyweight, Mike Tyson pada Februari 1990 dalam salah satu kekecewaan terbesar sukan itu.

Satu lagi kejutan seperti mungkin akan berlaku apabila Luis melepaskan tumbukan padu tangan kiri ke atas 'Monster' Inoue dalam perebutan merebut empat tali pinggang kejuaraan.

Bagaimanapun, Inoue bangkit dan menjatuhkan lawannya pada pusingan berikutnya, sebelum membenam lawannya sekali lagi pada pusingan kelima dan menamatkannya dengan tumbukan cangkuk kanan di pusingan keenam.

"Ia adalah perasaan yang hebat untuk menjatuhkannya tetapi bagaimana pula dengan kejutan pada pusingan pertama?," kata Inoue yang berusia 31 tahun.

"Sebagai seorang petinju, apabila perkara itu berlaku kepada anda, ia membuatkan anda bersemangat. Ia memberi saya banyak tenaga."

Inoue ketawa tidak percaya kepada dirinya sendiri ketika dia duduk di penghujung pusingan pertama yang menakjubkan.

Bagaimanapun, dia menjerit ketika bangun dari bangku untuk permulaan kebangkitan dan tidak lama selepas itu dia kembali pada tahap sebenar dengan menjatuhkan Nery.

"Dari saat saya jatuh, saya dapat pulih dengan tenang," kata Inoue.

"Saya fikir ia adalah tepat disebabkan saya jatuh ia membuatkan saya dapat melawan seperti yang saya lakukan."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2024 @ 12:14 PM