Mohd Sharumnisham Shahbudin


Alor Setar: Bandar raya ini kini seperti musim bunga sakura di Jepun dengan bunga tekoma atau digelar bunga ‘Sakura Utara’ mekar menghiasi jalan raya di bandar raya ini.

Deretan pokok tekoma yang berbunga mengindahkan Jalan Kuala Kedah. - Foto MOHD SHARUMNISHAM SHAHBUDIN
Deretan pokok tekoma yang berbunga mengindahkan Jalan Kuala Kedah. - Foto MOHD SHARUMNISHAM SHAHBUDIN

Pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea yang berasal dari Amerika Selatan, mengeluarkan bunga merah jambu dan putih menyerupai bunga sakura yang mampu bertahan hampir dua minggu.

Kira-kira 300 pokok tekoma ditanam di Bandaraya Alor Setar sejak 15 tahun lalu dan mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk mengeluarkan bunga.

Tinjauan mendapati Jalan Kuala Kedah dan Jalan Langgar antara laluan utama yang indah dengan bunga itu.

Kanak-kanak berbasikal melintasi deretan pokok tekoma di perkarangan Masjid Al Bukhari, Alor Setar. - Foto MOHD SHARUMNISHAM SHAHBUDIN
Kanak-kanak berbasikal melintasi deretan pokok tekoma di perkarangan Masjid Al Bukhari, Alor Setar. - Foto MOHD SHARUMNISHAM SHAHBUDIN

Jurugambar profesional, Shaiful Azhar Abu Bakar, 49, berkata musim bunga ini dinanti peminat seni fotografi terutama genre lanskap dan panorama.

“Panorama indah ini mampu menjadi satu tarikan pelancongan kerana seperti musim bunga Sakura di Jepun. Tapi, sayangnya ia cuma mampu bertahan sekitar dua minggu sebelum layu dan luruh.

Laman Masjid Al Bukhari dihiasai bunga tekoma. - Foto MOHD SHARUMNISHAM SHAHBUDIN
Laman Masjid Al Bukhari dihiasai bunga tekoma. - Foto MOHD SHARUMNISHAM SHAHBUDIN

"Mungkin MBAS perlu mencari kaedah untuk memastikan tecoma ini berbunga lebih lama dan cadangan mewujudkan Taman Sakura Malaysia sememangnya langkah tepat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 1:58 PM
Pokok tekoma yang berbunga di tepi jalan menuju Kuala Kedah. - Foto SHARUL HAFIZ ZAM
Pokok tekoma yang berbunga di tepi jalan menuju Kuala Kedah. - Foto SHARUL HAFIZ ZAM