BUNGA sakura menjadi inspirasi.
BUNGA sakura menjadi inspirasi.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Bunga sakura tidak hanya menjadi kebanggaan rakyat negara matahari terbit, bunga yang memiliki keindahan dan pesonanya yang tersendiri itu juga menggamit perhatian di seluruh dunia.

Kecantikan dan keunikan bunga ini memang tidak dapat disangkal. Seperti bunga mawar sebagai simbol kemegahan dan elegan, tidak keterlaluan jika dikatakan bunga sakura berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Justeru, tidak hairanlah motif sakura sering menjadi inspirasi dalam rekaan fesyen sejak berabad lamanya dan tidak ketinggalan ia sering dijadikan antara ilham dalam industri fesyen tempatan.

Koleksi terbaru tudung dan selendang butik Diyana Halik menjadikan sakura sebagai elemen utama yang direka khas dengan motif bunga berkenaan terhias indah di atasnya.

REKAAN terkini menambah ciri feminin.
REKAAN terkini menambah ciri feminin.

Bagi memastikan ciri eksklusif koleksi itu, katanya, fabrik yang digunakan dicetak khas dengan motif sakura dan pastinya pelanggan tidak akan menemui rekaan corak itu di tempat lain.

Selain koleksi itu, koleksi Sheer butik itu didatangkan khas dengan anak tudung kapas yang selesa dijahit bersama selendang, menjadikannya amat praktikal terutama buat wanita yang sibuk dan tiada masa untuk membelek almari mencari anak tudung untuk dipadankan bersama selendang.

Bagi koleksi Dahlia, tudung direka khas untuk pemakaian kasual, juga sesuai untuk digayakan ketika aktiviti luar kerana ia tidak memerlukan pemakaian anak tudung.

REKAAN terkini menambah ciri feminin.
REKAAN terkini menambah ciri feminin.

Koleksi terkini iaitu siri Lush dan Camo pula melengkapi ciri unik dan eksklusif buat wanita manakala siri Travel antara koleksi selendang yang paling digemari pemilik jenama Diyana Halik kerana setiap corak yang dicetak diilhamkan berdasarkan lokasi digemari dan pernah dikunjungi pemiliknya.

Menjanjikan kualiti terbaik namun mampu milik, Diyana memastikan warna dan rekaan hijab jenama itu dipakai untuk dirinya sendiri setiap hari.

Terkini, jenama itu sudah memasarkan 20 koleksi dan akan tampil dengan pelbagai rekaan terkini pada masa akan datang.

REKAAN terkini menambah ciri feminin.
REKAAN terkini menambah ciri feminin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2018 @ 8:54 AM