PEMENANG diraikan pada satu majlis bersama Fazura di ibu negara, baru-baru ini.
PEMENANG diraikan pada satu majlis bersama Fazura di ibu negara, baru-baru ini.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Siapa yang tidak terpikat jika memandang si cantik menawan dengan senyuman manis sentiasa terukir di bibir. Apatah lagi jika terserlah deretan gigi bersih, putih dan tersusun rapi.

Setiap individu mempunyai 32 batang gigi iaitu 16 pada rahang atas dan 16 lagi pada rahang bawah.

Selain wajah, memiliki gigi yang cantik, putih dan bersih juga membantu memberi keyakinan kepada seseorang terutama apabila berdepan dengan khalayak.

Bagaimanapun, bukan mudah mendapat barisan gigi yang putih bersih jika tidak memberi perhatian sewajarnya kepada kesihatan mulut.

Tanpa penjagaan rapi, pengawalan makanan dan kerap berkunjung ke klinik gigi, belum tentu kita akan memperoleh barisan gigi yang boleh dibanggakan.

Menyedari hakikat itu, jenama penjagaan gigi Colgate Malaysia menganjurkan pertandingan Instagram 'Dazzling Makeover bersama Fazura' bagi memupuk semangat orang ramai supaya menjaga kebersihan diri secara menyeluruh tanpa mengira usia.

Pertandingan ini juga sempena pelancaran produk terbarunya, Dazzling Mint.

Peraduan itu disertai lebih 200 peserta bagi merebut sesi solekan bersama selebriti Malaysia paling bergaya, Nur Fazura.

Selain itu, pemenang turut menerima pelbagai hadiah lain seperti baucar beli-belah di butik milik Fazura, House of Doll bernilai RM1,500, wang tunai sebanyak RM150 serta bekalan produk jenama penjagaan gigi itu selama setahun.

Pengarah Pemasaran Bersekutu Colgate-Palmolive, Datin Nor Aziah Mohd Said berkata, Fazura adalah selebriti bergaya paling layak sebagai ikon dari segi kebersihan penjagaan mulut dan ia jelas dapat dilihat menerusi senyumannya yang menawan.

Katanya, Fazura sememangnya melambangkan personaliti wanita jenama ini kerana beliau bukan saja cantik juga pintar, berbakat besar dan berkeyakinan tinggi.

"Fazura wanita yang bergaya dan semua itu jelas melambangkan personaliti wanita Optic White sempurna yang kami cari.

"Semoga pengalaman manis bersama Fazura ini memberi sesuatu yang bermakna kepada semua pemenang peraduan," katanya.

Pertandingan yang diadakan sepanjang Oktober lalu menemukan tiga pemenang bertuah yang memiliki senyuman menawan.

Tiga pemenang itu ialah Nur Fatin Athirah Rozali, 22, Anastasya Hamdan, 23, dan Nurul Liliy Suzani Jalal, 20.

Menurut Nurul Liliy, senyuman yang menarik akan menambah seri penampilan individu walau dalam apa saja fesyen digayakan.

Katanya, senyuman yang cantik dan gigi yang putih berkait rapat dengan personaliti dan keyakinan diri.

"Saya teruja dengan pengalaman ini dan berharap dapat meningkatkan keyakinan wanita dengan menggalakkan mereka menjaga senyuman," katanya.

Sementara itu, Nur Fatin Athirah Rozali, 22, seakan-akan tidak percaya apabila diumumkan sebagai pemenang.

Kata Nur Fatin, sebagai seorang yang menggemari fesyen, memiliki gigi yang putih bersih dapat menyempurnakan lagi penampilan.

"Senyuman menawan dengan gigi yang putih bersih dapat meningkatkan lagi penampilan wanita. Saya percaya kebersihan gigi juga menjadi kunci kepada gaya yang lebih menawan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:00 AM