MOHD Nasir (tiga kiri) beramah mesra dengan pemenang utama, Siti Fairos Mohd Nor, 36, (tengah) disaksikan sebahagian pemenang selepas Majlis Penyampaian Hadiah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MOHD Nasir (tiga kiri) beramah mesra dengan pemenang utama, Siti Fairos Mohd Nor, 36, (tengah) disaksikan sebahagian pemenang selepas Majlis Penyampaian Hadiah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Hanya dua daripada 338 premis niaga di Kelantan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 (2) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 kerana melanggar peraturan cukai, November lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Mohd Nasir Yusof berkata, tindakan dikenakan ketika operasi dijalankan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Ketika pemeriksaan kita, secara keseluruhannya pemilik premis mematuhi peraturan, namun ada juga segelintir yang ingkar.

"Dua syarikat ini kita ambil tindakan mengikut Seksyen 33 (2) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 kerana gagal pematuhan cukai," katanya.

Dalam tempoh operasi juga, pihaknya menyelesaikan kes tuntutan cukai bernilai RM1.7 juta.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Jom Minta Resit Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di pejabat JKDM di sini, hari ini.

Seramai 111 penerima memperoleh hadiah termasuk barangan elektrik dan telefon bimbit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Disember 2016 @ 6:16 PM