MOHD Nasir (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MOHD Nasir (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan meminta kerjasama orang ramai supaya menyertai Peraduan Jom Minta Resit GST dalam memberi kesedaran peniaga berkaitan cukai bagi mengelak ketirisan.

Timbalan Pengarah Kastam Bahagian GST dan Perkastaman Kelantan, Mohd Nasir Yusoff berkata, setakat ini hanya 2,271 penyertaan di negeri ini dan 103 pemenang dipilih bagi tempoh April hingga Mei.

"Peraduan ini bukan semata-mata untuk mendapat hadiah tetapi untuk meningkatkan hasil negara, selain mengelak ketirisan.

"Oleh itu kita minta kerjasama pengguna supaya meminta resit dan adalah menjadi tanggungjawab peniaga untuk menyerahkannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah Peraduan Jom Minta Resit GST JKDM di Aeon Mall, di sini, hari ini.

Pemenang menerima hadiah barangan elektrik, wang tunai dan telefon bimbit.

Katanya juga, setakat ini sebanyak 12 syarikat dikenakan tindakan mahkamah kerana melanggar peraturan mengikut Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 9:57 PM