BARSHIM ketika menang emas di Sukan Asia Hangzhou tahun lalu.
BARSHIM ketika menang emas di Sukan Asia Hangzhou tahun lalu.
AFP

Paris: Dua atlet berkongsi pingat emas Olimpik di stadium hampir kosong di Tokyo akibat pandemik Covid 19 menarik perhatian dunia.

Mutaz Ezza Barshim berpelukan dengan rakan lamanya Gianmarco Tamberi selepas tamat acara lompat tinggi lelaki menyaksikan juri mengesahkan emas dikongsi bersama jaguh Qatar dan Itali itu yang bersaing sejak zaman remaja mereka.

"Secara jujurnya, ia tidak akan berlaku lagi," kata Barshim ketika ditemu ramah AFP.

"Detik itu tidak akan dikongsi bersama lagi. Ia hanya sekali seumur hidup. Kembali daripada kecederaan, saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza dengan maksud berbeza.

"Saya terharu ia menyentuh hati ramai orang tapi kami adalah atlet sukan. Kami profesional, sentiasa mahu yang terbaik. Kami ada semangat itu. Saya mahu tewaskan anda, anda mahu atasi saya."

Barshim sempat berjenaka dengan berkata cadangan World Athletics yang mahu memberi setiap pemenang AS$50,000 (RM238,000) akan memastikan tiada lagi atlet berkongsi pingat.

"Tidak akan berlaku, 50 atau 500, tiada perkongsian!" kata atlet berusia 32 tahun itu yang meraih tiga gelaran dunia luar dewan dalam kariernya. "

Barshim memulakan kempen musim ini dengan menduduki tempat kedua di Liga Berlian Xiamen minggu lalu dan akan kekal di China untuk menghadapi kejohanan di Suzhou sebelum kembali ke Doha bagi menyertai kejohanan seterusnya pada 10 Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 9:55 AM