Zulkifli (tiga dari kanan) bersalaman dengan Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN Putrajaya, Abd Manap Dim selepas Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2016 serta Operasi Mesra Hasil di Pejabat Kastam Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi

Mohamad Zulhairie Manzaidi

Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjalin kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengadakan operasi Mesra Hasil 2016.

Operasi itu akan mengesan mereka ingkar membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan cukai tertunggak lain bermula hari ini hingga 31 Disember.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Perkastaman/GST) Datuk Zulkifli Yahya berkata, kerjasama itu juga akan membolehkan kedua-dua agensi berkongsi sumber secara bijaksana.

Katanya, mereka akan berkongsi data, maklumat dan sumber rujukan selain keperluan lain secara logistik bagi melancar dan memantapkan perjalanan operasi itu.

"Kita turut menguatkuasakan operasi ini mengikut peruntukan Seksyen 33, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

"Objektifnya lain termasuk mengesan pembayar cukai yang layak berdaftar selain memungut hasil yang tertunggak," katanya pada majlis pelancaran operasi itu di sini, hari ini.

Menurutnya lagi operasi akan bermula di Kelantan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 4:01 PM