UNIT HAZMAT bomba menjalankan operasi pembersihan tumpahan merkuri dalam sebuah kereta di hadapan sebuah universiti di Jalan Greentown, Ipoh.
UNIT HAZMAT bomba menjalankan operasi pembersihan tumpahan merkuri dalam sebuah kereta di hadapan sebuah universiti di Jalan Greentown, Ipoh.
Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Laluan dihadapan sebuah universiti swasta di Jalan Greentown, di sini, terpaksa ditutup untuk lalu lintas apabila berlaku tumpahan merkuri di hadapan dan dalam universiti berkenaan petang tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 3.25 petang memaklumkan berlaku tumpahan merkuri di bangunan terbabit.

"Sebaik tiba dilokasi bomba dapati benar berlaku tumpahan merkuri di dua kawasan di universiti berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati tumpahan berlaku di tingkat dua dan dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan bangunan universiti itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi masih dilakukan dan jalan di kedua-dua arah di kawasan berkenaan terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Tinjauan mendapati sehingga jam 6.20 petang tadi laluan di Jalan Greentown itu masih ditutup dan dikawal pihak polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 6:33 PM