Syamsul lebih berhati hati selepas isteri keguguran. FOTO Amirul Haswendy
Syamsul lebih berhati hati selepas isteri keguguran. FOTO Amirul Haswendy
Oleh Amirul Haswendy Ashari.


Jakarta: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 30 akhirnya disahkan sedang mengandung tiga bulan.

Suaminya, Syamsul Yusof, 31 mengesahkan perkara itu selepas disoal media pada pertemuan di sebuah hotel di sini, hari ini.

"Kalau diikutkan saya mahu merahsiakan hal ini sebab usia kandungan baru masuk tiga bulan.

"Apabila teringat kembali isteri pernah mengalami keguguran pada awal perkahwinan kami buatkan saya lebih berhati-hati," kata Syamsul.

Pengarah dan pelakon filem Munafik itu akui pernah memberi bayangan akan menjadi bapa pada ucapan kemenangan Pengarah dan Filem Terbaik Nasional di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) pada 3 September lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 lalu.

Syamsul berada di Jakarta bagi menghadiri Malam Gala Tayangan Filem Munafik yang akan berada di 30 pawagam seluruh Indonesia bermula 5 Oktober depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 1:29 PM