MESKIPUN tidak menang Filem Terbaik FFM28 Syamsul tetap puas dan bangga.
MESKIPUN tidak menang Filem Terbaik FFM28 Syamsul tetap puas dan bangga.
Ramlah Zainal dan Syanty Octavia Amry


Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Sabtu lalu menyaksikan filem genre seram Munafik arahan Syamsul Yusof diangkat Filem Terbaik Nasional sekali gus mengungguli anugerah utama yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Anugerah Filem Terbaik Nasional yang diwujudkan buat kali pertama itu diharap dapat meredakan isu membabitkan pencalonan dalam kategori utama Filem Terbaik FFM28 dan Filem Terbaik Bukan Dalam Bahasa Malaysia yang mendapat publisiti meluas dalam industri hiburan tanah air.

Filem Munafik terbitan Skop Production Sdn Bhd turut membawa pulang beberapa kategori lain, Pengarah Filem Terbaik (Syamsul Yusof), Pelakon Wanita Terbaik (Nabila Huda) Penyunting Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

berkata, dia bersyukur kerana filem Munafik berjaya memenangi anugerah utama pada malam itu.

“Walaupun Munafik tidak menang kategori Filem Terbaik FFM28 kerana ia dimenangi filem Jagat, saya tetap puas dan bangga kerana Munafik diangkat sebagai Filem Terbaik Nasional.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 9:17 AM