Ramai beranggapan pelindung suria hanya untuk menghalang selaran matahari, tetapi manfaatnya menjangkau lebih daripada itu.

Secara amnya, matahari menghasilkan dua jenis sinaran ultra ungu-ultra ungu A (UVA) dan UVB. UVA, yang mana 95 peratus sinarannya dapat menembusi permukaan bumi dan meresap jauh ke kulit lalu menyebabkan kulit berkedut, selain dikaitkan dengan melanoma iaitu jenis barah kulit paling berbahaya.

Justeru, Sunplay kini meningkatkan lagi produk pelindung sinaran matahari yang dilengkapi teknologi Solarex-3-dalam-1 untuk perlindungan yang lebih lama kala diri terdedah di bawah terik suria.

Sunplay edisi sebelum ini menawarkan perlindungan spektrum lebar daripada pancaran UVA (juga dikenali sebagai sinar penuaan) dan UVB sehingga SPF130 PA+++, dengan formula air yang tidak memberi kesan melekit pada kulit.

Dengan formulasi baru, ia dipertingkatkan sehingga SPF130 PA++++ yang memberikan tahap perlindungan UVA tertinggi hingga membantu melindungi kulit daripada selarannya sebanyak 16 kali berbanding krim pelindung matahari biasa.

Di samping itu, ia turut mengandungi bahan antipenuaan aktif seperti RonaCare Ectoin dari Jerman dan ekstrak rumpai laut emas dari Perancis yang bagi menghalang kerosakan pada kulit, sekali gus membantu mencegah penuaan pramatang berpunca daripada sinaran UV.

Formulasi unik 'Japan Watery Liquid' memberikannya tekstur amat ringan seperti air dan mudah meresap ke dalam kulit. Dirumuskan untuk kulit Asia, ia selamat digunakan pada wajah dan tubuh.

Sunplay SPF130 PA++++ ini nyata ideal untuk aktiviti sukan air atau kegiatan luar rumah bagi tempoh jangka panjang kerana ia kalis air serta tidak terjejas dek peluh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:02 AM