KEADAAN kecederaan Smith akibat serangan jerung. FOTO Agensi
KEADAAN kecederaan Smith akibat serangan jerung. FOTO Agensi
Agensi

Port of Spain: Seorang pelancong Britain terpaksa bertarung nyawa selepas diserang seekor jerung ketika berenang di perairan Trinidad & Tobago.

The Sun melaporkan Peter Smith, 64, berenang berhampiran Hotel Starfish di Pulau Caribbean dan lokasi serangan hanya 10 meter dari pantai.

Saksi berkata mereka percaya jerung itu yang dilaporkan jenis jerung lembu, mempunyai panjang sehingga 3.048 meter dan lebar 0.6096 meter.

Mangsa dilaporkan mengalami patah paha kiri dan putus tangan kiri hingga siku, serta parah di perut.

Dia menerima dirawat di unit rawatan kritikal di Hospital Besar Scarborough, menurut laporan tempatan.

Serangan yang berlaku pada Jumaat di Turtle Beach di sepanjang Great Courland Bay, menyebabkan kerajaan Trinidad & Tobago menutup tujuh pantainya dan sebuah taman marin daripada kunjungan awam.

Saksi berkata, mangsa hanya berada pada kedalaman paras pinggang ketika diserang.

"Kami melihat beberapa orang di pantai, dan saya pada asalnya menyangka lelaki itu mengalami serangan jantung, dan saya fikir mereka membantunya.

"Kemudian saya melihat sirip keluar dari air dan berfikir, 'Ya Tuhanku, ia adalah jerung'," kata saksi Stephanie Wright, dari West Sussex.

Kerajaan berkata, bahawa penampakan jerung dilaporkan di kawasan Grafton dan di Taman Laut Buccoo Reef.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 3:06 PM