RANGKAIAN lengkap pelindung kulit daripada bahaya sinaran matahari.
RANGKAIAN lengkap pelindung kulit daripada bahaya sinaran matahari.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Ramai yang terlalu mengambil berat mengenai kecantikan kulit wajah, namun kurang yang menjaga kesihatan keseluruhan kulit badan kerana menganggap ia tidak penting.

Kulit mudah rosak jika didedahkan pada pancaran ultraungu (UV) yang kuat dalam tempoh lama. Jika tidak diambil perhatian, ia boleh meningkatkan risiko kepada kanser kulit.

Menurut Pakar Dermatologi Kulit Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Felix Yap Boon Bin, terdapat tiga jenis pancaran UV yang boleh merosakkan kulit iaitu sinaran UVA, UVB dan UVC.

“Sinaran UVA boleh menyerap jauh ke dalam kulit serta mampu bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik sehingga menyebabkan kulit terbakar teruk selain penyebab kepada pigmentasi dan kulit cepat tua.

“Cahaya UVB pula akan sampai ke lapisan atas kulit saja. Cahaya ini menyebabkan kulit terbakar manakala cahaya UVC kebanyakannya akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan tidak menyebabkan kerosakan kulit,” katanya.

Ujarnya, sinaran UVA dan UVB adalah pancaran yang menyebabkan beberapa kesan jelas pada kulit jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh lama.

“Kesan terbakar, cedera atau merosakkan kulit selain mendedahkan risiko kulit menjadi lebih cepat tua dan kanser jika ia terdedah terlalu lama kepada dua sinaran berkenaan,” katanya.

Pancaran UV juga penting untuk tubuh bagi merangsang penghasilan vitamin D yang memberi kebaikan kepada tulang dan gigi selain membantu melancarkan peredaran darah.

Namun, jika terdedah lebih daripada 30 minit terutama pada waktu cahaya terik sekitar 11 pagi hingga 3 petang, ia menyebabkan kesan sampingan seperti kulit terbakar dan pigmentasi.

Penggunaan pelindung matahari disarankan bagi kebanyakan aktiviti luar. Bahan ini terdapat dalam ba­nyak bentuk seperti losen, gel, semburan atau salap bibir dengan Sun Protection Factor (SPF).

“Sapukan krim pelindung matahari pada permukaan kulit yang kering dan bersih iaitu dalam tempoh 30 minit sebelum pendedahan kepada cahaya matahari.

“Gunakan krim pelindung matahari mengikut saiz ditetapkan. Misalnya, gunakan kira-kira satu pertiga atau satu perempat sudu teh krim pelindung matahari pada bahagian wajah.

“Tunggu sehingga losen pelindung kering sebelum mengenakan pakaian. Sapu semula bahan pelindung setiap dua jam apabila berada di luar terutamanya ketika berpeluh atau melakukan aktiviti di air,” tegasnya.

Sementara itu, syarikat dermatologi Switzerland, Galderma yang menjadi perintis kepada masalah dermatologi di negara ini melancarkan pelindung matahari Daylong terbaru bagi penjagaan kulit harian.

Menerusi produk pelindung matahari itu, pengguna boleh meneruskan gaya hidup aktif di bawah sinaran matahari tetapi pada masa sama memastikan kulit mereka mendapat perlindungan sepenuhnya daripada bahaya sinaran UV.

Pengurus Besar AsiaTenggara Galderma, Jean-Sebastien Ricard berkata, sinaran matahari baik untuk kesihatan dan berupaya melancarkan perjalanan darah. Pancaran UV juga penting untuk tubuh bagi merangsang penghasilan vitamin D. Bagaimanapun, ia mempunyai risiko termasuk boleh menyebabkan kesan terbakar atau merosakkan kulit jika terdedah di bawah cahaya matahari dalam tempoh lama.

“Selama 30 tahun, jenama ini komited memberikan inovasi terbaik dalam perubatan dermatologi bagi memenuhi keperluan peng­guna di lebih 80 negara di seluruh dunia.

“Justeru, melalui pelancaran produk pelindung matahari ini, pengguna boleh mendapatkan kualiti optimum dan perlindungan yang diyakini untuk kulit sihat berpanjangan,” katanya.

Rangkaian produk jenama berkenaan yang dilancarkan termasuk SPF 30 Gelfluid 30 mililiter (ml), SPF 50+ Gel (50ml), SPF 30 Spray (150ml), Kids SPF 30 Cream (50ml), Kids SPF 50+ Lotion (150ml) dan After Sun Repair (100ml).

Rangkaian lengkap jenama itu kini boleh didapati di semua farmasi utama seperti Guardian bermula pada harga runcit daripada RM90.80 hingga RM109.30.

Kota Bharu: Premis Happy Home Superstore Sdn Bhd menjadi kes pertama di Kelantan yang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi kerana gagal mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh tiga hari bekerja, akhir Mac lalu.

Bagaimanapun, wakil premis berkenaan mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh, Happy Home Superstore Sdn Bhd dituduh gagal mematuhi arahan Penolong Pegawai melalui notis yang dikeluarkan di Happy Home Superstore Sdn Bhd di Lot 611-612 Seksyen 1, Jalan Bersebelahan Econjaya BaruPasir Puteh pada 30 April 2015.

Notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu tertuduh diminta melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh tiga hari bekerja bermula 30 April 2015 sehingga 2 April 2015.

Kesalahan itu, premis itu boleh didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 57 akta sama.

Kesalahan berkenaan membawa hukuman denda sehingga RM100,000.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Azman Abdullah menetapkan 21 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 2:17 PM