Pengarah MARA Negeri Kelantan, Ismail Abdullah (kanan) diiringi Timbalan Pengarah Akademik KPTM Kota Bharu, Nik Mohd Khairi Nik Mohd (dua kiri) hadir di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Lembah Sireh, Kota Bharu. FOTO Faris Zainuldin

Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Siswazah MARA di Kelantan yang mengusahakan perniagaan, namun sukar mendapatkan modal boleh memohon bantuan agensi itu menerusi tiga skim pembiayaan.

Ia adalah Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan Institut Profesional Mara (SEMAi); Progran Usahawan Teknikal (PUTEK) dan Program Skim Bantuan Usahawan (PUTRA) yang sudah diperkenalkan MARA sejak lebih lima tahun lalu.

Pengarah MARA Kelantan, Ismail Abdullah berkata, semua skim itu memberi peluang kepada siswazah membangunkan perniagaan termasuklah jenis bergerak seperti trak makanan.

"Skim ini sudah lama ada tapi tidak ramai mengetahuinya dan atas sebab itu juga kita mahu mengadakan promosi menerangkan kebaikan skim ini dalam membantu siswazah mendapatkan modal.

"Menerusinya, MARA memberi peluang siswazah untuk lebih berdaya saing dalam perniagaan diceburi termasuk jenis trak makanan.

"Lagipun trak makanan begini mempunyai potensi tinggi untuk berkembang," katanya dalam majlis sambutan Hari Raya Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu, di sini, hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu, Timbalan Pengarah Akademik KPTM Kota Bharu, Nik Mohd Khairi Nik Mohd Zain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 4:39 PM