SEDUTAN video menunjukkan Kumar memeluk sekumpulan pelajar untuk mencipta rekod dunia.
SEDUTAN video menunjukkan Kumar memeluk sekumpulan pelajar untuk mencipta rekod dunia.
Agensi

Hyderabad (India): Seorang lelaki di bandar ini berjaya memecah rekod dunia untuk pelukan paling banyak dalam tempoh satu minit.

Krishna Kumar memecah Rekod Dunia Guinness untuk pelukan paling banyak dalam tempoh satu minit yang dipegangnya sendiri.

Kumar membuat aksi berkenaan pada 5 Mac lalu dan baru disahkan serta videonya dimuat naik di laman Facebook Rekod Dunia Guinness baru-baru ini.

Dia berjaya melakukan aksi itu dengan bantuan pelajar di sebuah sekolah di bandar ini.

Kumar berjaya memeluk seramai 83 pelajar, tetapi beberapa pelukan tidak disahkan dan hanya 79 pelukan dikira Rekod Dunia Guinness.

Bagaimanapun, jumlah itu sudah cukup untuk membolehkan Kumar memecahkan rekod dunia yang dipegangnya sebelum ini.

Kumar sebelum ini memegang rekod yang sama apabila berjaya membuat 77 pelukan dalam tempoh satu minit.

Kumar berkata, pelukan menaikkan moral seseorang dan tiada sebab yang lebih baik untuk membuat pelukan.

“Saya gembira kerana berjaya memecahkan rekod ini dan berazam untuk mencipta satu lagi rekod,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 7:25 AM