AKSI Muhamed Kahrimanovic ketika memecahkan kelapa. FOTO GWR
AKSI Muhamed Kahrimanovic ketika memecahkan kelapa. FOTO GWR
Agensi

Berlin: Sifu seni mempertahankan diri dari Jerman, Muhamed Kahrimanovic mendapat jolokan Hammer Hands(Tangan Tukul) kerana kebolehannya menghancurkan apa sahaja barangan atau makanan dengan tangan.

Oddity Central melaporkan Muhamed Kahrimanovic kelahiran Bosnia, masih remaja ketika berpindah ke Jerman bersama keluarganya.

Dia belajar tae kwan do sejak kecil, meneruskan latihannya di Jerman sebelum menjadi tenaga pengajar.

Muhamed Kahrimanovic pernah menarik perhatian di peringkat antarabangsa dan mencipta beberapa pencapaian Rekod Dunia Guinness (GWR), hanya dengan tangan ajaibnya.

Muhamed Kahrimanovic, baru-baru ini, menjadi bahan berita kerana mencipta rekod dunia baharu apabila memecahkan 68 kayu dengan tangannya, dalam satu minit.

Banyak lagi pencapaian Muhamed Kahrimanovic sebelum itu, malah dia pernah mencipta rekod dunia dengan memecahkan 148 kelapa, dalam masa seminit.

Muhamed Kahrimanovic memecahkan kelapa itu dengan hanya sebelah tangan, tidak kurang daripada enam kali.

Bukan setakat itu, Muhamed Kahrimanovic pernah mencipta satu lagi rekod mengagumkan apabila memecahkan 24 papan konkrit tebal dengan tangan.

Pada Ogos 2019, dia memecahkan rekod peribadi pada 2011, apabila memecahkan 97 tin aluminium berisi minuman di bandar kelahirannya di Hamburg.

Dia juga memegang rekod dunia apabila memecahkan 66 botol kosong dalam satu minit.

Meskipun sudah bersara, Muhamed Kahrimanovic tidak menunjukkan tanda-tanda akan memperlahankan rentaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 1:51 PM