V Shem (kiri) dan Wee Kiong membalas hantaran Domke dan Fabian Holzer dalam laluan mencatat kemenangan kedua negara pada pertarungan Piala Thomas. FOTO BERNAMA
V Shem (kiri) dan Wee Kiong membalas hantaran Domke dan Fabian Holzer dalam laluan mencatat kemenangan kedua negara pada pertarungan Piala Thomas. FOTO BERNAMA
Saiful Affendy Sapran


Kunshan (China): Skuad Piala Thomas negara mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mencatatkan kemenangan 5-0 ketika bertemu Jerman pada perlawanan kedua Kumpulan C di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Seperti dijangka, pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kai Schaefer 21-19, 21-15 untuk memberi mata pertama kepada Malaysia.

Beregu pertama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga mencatatkan kemenangan mudah 21-12, 21-11 ke atas Richard Domke-Fabian Holzer.

Perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengesahkan kemenangan untuk Malaysia selepas menewaskan Lars Schaenzler 21-7, 21-16 dalam tempoh 36 minit.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang turun selaku beregu kedua, menyumbang mata keempat selepas menewaskan Mark Lamsfuss-Josche Zurwonne 21-15, 21-10.

Chong Wei Feng melengkapkan kemenangan untuk Malaysia apabila menewaskan David Peng 21-9, 21-18.

Skuad negara akan turun perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok bertemu Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2016 @ 5:39 PM