LELAKI itu diheret penduduk kerana agresif ketika ditahan polis. FOTO X
LELAKI itu diheret penduduk kerana agresif ketika ditahan polis. FOTO X
Agensi

Jakarta: Kejamnya apabila mengerat isterinya kepada beberapa bahagian, lelaki Indonesia ini tergamak mengedarkan cebisan daging wanita itu kepada jiran.

Insiden ngeri itu dilaporkan berlaku di Kampung Cisontrol, Jawa Barat, semalam.

Media tempatan melaporkan, penjual kambing itu membawa daging isterinya di dalam bekas sebelum menawarkan jualan daging itu kepada jiran.

Penduduk tempatan ketakutan apabila melihat suspek membawa pisau yang digunakan untuk membunuh isterinya itu.

Jurucakap polis tempatan, Akmal mengesahkan, pihaknya menahan suspek selepas penduduk membuat laporan.

Katanya, suspek melakukan pembunuhan terhadap isterinya dengan mengerat beberapa bahagian badan mangsa.

"Mangsa dikelar pada kedua-dua belah tangan dan kaki, dengan keadaan badan dan kepala masih bercantum.

"Suspek dibawa ke Balai Polis Ciamis selepas agresif semasa ditangkap.

" Suspek dalam keadaan terkejut dan mentalnya tidak stabil, malah kita juga merampas pisau yang digunakan membunuh mangsa," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 12:24 PM