Jing Yi tewas pada perseorangan pertama. PIX BERNAMA
Jing Yi tewas pada perseorangan pertama. PIX BERNAMA
Saiful Affendy Sapran


Kunshan: Skuad Piala Uber negara tewas 2-3 kepada Denmark pada perlawanan kedua Kumpulan A di Pusat Sukan Kunshan sebentar tadi sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

Tee Jing Yi yang beraksi sebagai perseorangan pertama mempamer aksi mengecewakan apabila tewas mudah 11-21, 11-21 kepada Line Kjaersfeldt.

Beregu pertama negara Amelia Alicia Anscelly-Woon Khe Wei yang turun selepas itu juga tewas 16-21, 17-21 di tangan gandingan Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl.

Namun pemain perseorangan kedua Goh Jin Wei menghidupkan semula peluang untuk skuad negara selepas mencatatkan kemenangan ke atas Mette Poulsen 21-18, 21-13.

Goh Liu Ying-Vivian Hoo yang turun selaku beregu kedua negara, menyamakan kedudukan selepas menewaskan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen 21-18, 22-24, 21-12.

Perseorangan ketiga Ho Yen Mei bagaimanapun gagal memberi mata kemenangan untuk skuad negara apabila tewas kepada Anna Thea Madsen 24-22, 13-21, 13-21.

Skuad negara akan melengkapkan jadual perlawanan bertemu Sepanyol esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 4:33 PM