KOPERAL Celopatra Lumeh, 39, dari Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Ibu Pejabat Kontijen Sarawak (IPK) merupakan pengundi tunggal N.05, DUN Demak Laut. FOTO Mohd Radzi Bujang
KOPERAL Celopatra Lumeh, 39, dari Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Ibu Pejabat Kontijen Sarawak (IPK) merupakan pengundi tunggal N.05, DUN Demak Laut. FOTO Mohd Radzi Bujang
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Calon tunggal undi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Celopatra Lemuh membuang undi di Kompleks Perumahan Polis Tabuan, di sini, hari ini.

Anggota berusia 39 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak itu sudah lebih 15 tahun mengundi bagi DUN Demak Laut.

"Sebelum ini ada beberapa individu berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan Demak Laut.

"Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) ini, hanya saya seorang," katanya ketika ditemui.

Kompleks Perumahan Polis Tabuan menjadi pusat mengundi bagi empat DUN iaitu Demak Laut, Pantai Damai, Padungan, Pending dan Batu Lintang.

Sehingga jam 11.30 pagi, sebanyak 49 peratus daripada 1,152 pengundi sudah membuang undi di kompleks itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 12:31 PM