SENNA menjadi kebanggaan rakyat Brazil sama seperti Pele. FOTO AFP
SENNA menjadi kebanggaan rakyat Brazil sama seperti Pele. FOTO AFP
PEMINAT memperingati hari pemergian Senna di Sao Paulo. -FOTO AFP
PEMINAT memperingati hari pemergian Senna di Sao Paulo. -FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Tiga puluh tahun selepas kematiannya berikutan nahas yang mencetuskan gelombang kejutan di seluruh dunia, rakyat Brazil hari ini memberi penghormatan kepada bintang Formula Satu, Ayrton Senna - simbol kebanggaan negara yang disayangi setanding dengan rakan senegara Pele.

Ribuan peminat juara dunia Formula Satu (F1) tiga kali itu dijangka akan hadiri ke tanah perkuburan Senna di kampung halamannya Sao Paulo, tempat dia dikebumikan selepas kemalangan tragisnya di litar Imola pada 1 Mei 1994.

Ada yang akan mengambil bahagian dalam acara larian di litar Interlagos yang mana Senna merangkul kemenangan F1 sebanyak dua kali pada penghujung kariernya 1991 dan 1993.

Akan turut disiarkan rekaan suara A.I yang menceritakan momen-momen penting dalam kehidupan dan karier Senna.

Di pantai Copacabana Rio yang terkenal, ramai berkumpul mengambil gambar dengan patung Senna.

Antaranya ialah Joao Paulo Bertoloni, 30 - hanya seorang bayi apabila Senna meninggal dunia pada usia 34 tahun.

"Saya tidak dapat melihatnya secara langsung, tetapi semua orang adalah peminatnya dalam keluarga saya," kata Bertoloni.

"Ayah saya, datuk dan nenek saya... Semua orang memberitahu saya tentang Senna. Semua orang akan menonton di pada hari Ahad apabila dia berlumba," kata pengurus perniagaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 12:13 PM