ANGGOTA polis berbaris menunggu giliran untuk membuang undi ketika proses pengundian awal di Wisma Pengaman IPD Sibu. FOTO Asyraf Hamzah
ANGGOTA polis berbaris menunggu giliran untuk membuang undi ketika proses pengundian awal di Wisma Pengaman IPD Sibu. FOTO Asyraf Hamzah
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Sebanyak 63 pusat mengundi bagi proses undi awal membabitkan Polis Kontinjen Sarawak dibuka bermula jam 8 pagi dengan membabitkan 7,397 pengundi.

Dua pusat mengundi ditutup selepas tiada pertandingan diisytiharkan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota dan DUN Bukit Sari.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Jalaludddin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah pegawai dan anggota polis yang mengundi, seramai 461 pasangan mereka akan mengundi, selain membabitkan 968 anggota dan pegawai daripada Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Undi pos pula adalah membabitkan sejumlah 704 pengundi. Selain itu, seramai 517 pegawai dan anggota bertugas di Semenanjung, namun berdaftar di saluran mengundi di Sarawak akan diterbangkan secara berperingkat.

"Ini bagi membolehkan mereka mengundi seperti biasa pada 7 Mei ini," katanya di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 11:08 AM