Adenan ketika sidang media mengumumkan calon SUPP yang akan bertanding mewakili BN pada PRN-11. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Adenan ketika sidang media mengumumkan calon SUPP yang akan bertanding mewakili BN pada PRN-11. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Petra Jaya: Teka teki mengenai calon langsung BN Sarawak untuk Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) masih belum terjawab apabila Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tidak mengumumkan senarai calon itu seperti yang dijadualkan hari ini, sebaliknya hanya mengumumkan 10 calon dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Dalam sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, sebentar tadi Adenan mengumumkan 10 nama mewakili parti itu untuk bertanding pada PRN-11.

Calon itu ialah Peter Pau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, Milton Foo Tiang Wee (DUN Pending), Sih Hua Tong (DUNBatu Lintang), Wilfred Yap Yau Shin (DUN Kota Sentosa), Lo Khere Chiang (DUN Batu Kitang), Datuk Dr Sim Kui Hian (DUN Batu Kawah), Datuk Francis Harden Hollis (DUN Simanggang), Chieng Buong Toon (DUN Bukit Assek), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (DUN Piasau) dan Datuk Lee Kim Shim (DUN Senadin).

Adenan berkata, senarai calon BN untuk PRN Ke-11 akan terus diumumkan secara berperingkat sebelum tarikh penamaan calon.

"Tunggu saja. Saya akan umumkan nanti," katanya.

Sebanyak 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan pada PRN-11 kali ini, termasuk 11 DUN baru.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 4:25 PM