JOHARI menunjukkan bangsal tempat kejadian Mat Komando ditembak mati.
JOHARI menunjukkan bangsal tempat kejadian Mat Komando ditembak mati.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Pendang: Sebut nama Mat Komando pasti akan teringat kes dilakukannya membabitkan sekurang-kurangnya 52 rompakan bersenjata api di bank dan gudang di 10 negeri membabitkan nilai RM2.5 juta, satu cubaan membunuh dan dua curi motosikal serta hidup dalam buruan polis 13 tahun lalu.

Nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad adalah perancang utama Kumpulan 13 yang melakukan jenayah menggemparkan negara sekitar 2002 apabila beberapa kali meloloskan diri ketika cuba ditahan polis.

Gerakan memburu penjenayah yang berasal dari Kampung Selengkoh Tengah, Yan, dekat sini, mengambil masa 255 hari, antara pemburuan terbesar dan terpanjang membabitkan seorang penjenayah di negara ini.

Bekas anggota komando itu bagaimanapun ditembak mati ketika berusia 37 tahun dalam drama berbalas tembak dengan polis di Kampung Hujung Keton, Sungai Tiang, Pendang, di sini.

Mengimbas kembali ketika Mat Komando bersembunyi di Kampung Hujung Keton, wartawan Harian Metro bertemu dengan pemilik bangsal tempat persembunyiannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2016 @ 8:39 AM