SUSPEK kes dadah ditahan dalam serbuan di Kampung Datuk Syed Ahmad, semalam.
SUSPEK kes dadah ditahan dalam serbuan di Kampung Datuk Syed Ahmad, semalam.
HM Digital

Pendang: Lagak mencurigakan seorang lelaki berkopiah dan berperwatakan alim memasuki kawasan kebun pisang di Kampung Datuk Syed Ahmad, dekat sini, terbongkar apabila dia antara 25 penagih ditahan polis, semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan Op Tapis Bersepadu di kampung berkenaan dan Kampung Baru Sungai Tiang, Pendang, di sini, antara jam 6 pagi hingga 2 petang.

Lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai masuk ke port itu pada waktu pagi setiap hari untuk melepaskan gian sebelum melakukan rutin harian bekerja kampung.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, enam anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) diketuai Asisten Superintendan Muhamad Amin Mat Yassin dan dua anggota dari Balai Polis Pendang serta lapan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pendang terbabit dalam serbuan.

Katanya, dalam serbuan itu 25 individu diperiksa dan 23 daripadanya ditahan dipercayai positif dadah manakala dua lagi ditahan kerana memiliki dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 9:39 AM