BONUCCI (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
BONUCCI (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
Reuters

Milan: Juventus mengekang kebangkitan cuba dilakukan Inter Milan apabila menang pertembungan Piala Itali 5-3 menerusi penalti selepas kedudukan terikat 3-3 secara agregat untuk membolehkan mereka menempah tiket ke final, bertemu AC Milan.

Inter yang tewas 0-3 pada separuh akhir pertama di Turin, bangkit menang dengan jumlah jaringan sama hasil jaringan Marcelo Brozovic serta Ivan Perisic.

Rodrigo Palacio gagal menyempurnakan penalti dan rembatan pemain itu melepasi palang sebelum Leonardo Bonucci memberikan kemenangan Juve.

Juve tidak bermain dengan aksi biasa dan mereka dihukum tuan rumah yang mendominasi babak kedua permainan.

Penjaga gol Neto yang menggantikan Gianluigi Buffon, melakukan kesilapan hingga membolehkan Inter menghasilkan gol pertama menerusi Brozovic.

Adam Ljalic hampir menambah jaringan tetapi percubaannya terkena palang. Bagaimanapun, tuan rumah menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-49 apabila hantaran lintang Eder disambar Perisic.

Neto sekali lagi wajar dipersalahkan apabila gagal mendakap kemas sepakan penalti Brozovic dengan bola bergolek ke dalam gawang.

Milan yang mengalahkan Alessandria 6-0 dalam satu lagi separuh akhir, akan bertemu Juve pada perlawanan akhir buat kali pertama sejak 1990. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 8:24 AM