PEMAIN Inter meraikan gol penyamaan.
PEMAIN Inter meraikan gol penyamaan.

Milan: Ivan Perisic menjaringkan gol penyamaan dramatik buat Inter Milan pada aksi pertembungan jiran setempat ketika seri 2-2 dengan AC Milan yang turut menyaksikan Suso menjaringkan dua gol untuk tuan rumah.

Milan yang berhasrat merampas tangga kedua di belakang Juventus selepas kekalahan AS Roma kepada Atalanta 1-2, hampir mencatat kemenangan jika tidak kerana gol Perisic.

Suso memecah kebuntuan pada minit ke-43 dan menjaringkan gol kedua sebelum sejam perlawanan apabila Antonio Candreva memberikan harapan buat anak buah Stefano Pioli dengan gol penyamaan kontroversi pada minit ke-53.

Bagaimanapun perancangan Milan untuk berpesta musnah apabila Perisic, bintang Nerazzurri pada malam itu berjaya merembat bola melepasi penjaga gol remaja Gianluigi Donnarumma menerusi sepakan sudut pada minit pertama masa kecederaan.

Milan kekal di tangga ketiga dan berkongsi mata dengan Roma, kedua-duanya tujuh mata di belakang pendahulu Juve. Inter naik ke tangga kesembilan.

Ia perlawanan pertama kendalian Pioli, pengurus baharu Inter di kelab Serie A itu selepas dipecat Lazio berikutan kekalahan 1-3 kepada pencabar setempat Roma April lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 7:53 AM