PIHAK sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sebagai langkah keselamatan.
PIHAK sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sebagai langkah keselamatan.
Oleh Shamsul Munir Safini

Butterworth: Kebimbangan terhadap keselamatan murid dorong sebuah sekolah kebangsaan (SK) mengeluarkan satu surat makluman kepada waris dan ibu bapa mengenai kejadian cubaan culik berlaku di sekolah berkenaan sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Dua, di sini, Jumaat lalu.

Berdasarkan surat bertarikh 1 Mac itu, ibu bapa dimaklumkan mengenai cubaan culik yang berlaku di sekitar kawasan sekolah dan pintu pagar belakang ditutup jam 8 pagi dengan segala urusan serta waktu balik sekolah melalui pintu pagar utama.

Difahamkan, sebelum kejadian Selasa lalu itu, seorang lelaki tidak dikenali dikesan berada di dalam kawasan sekolah sebelum mengambil gambar seorang murid perempuan yang sedang menunggu warisnya di pondok wakaf berdekatan.

“Dia mengambil gambar murid perempuan berkenaan sebelum beredar menaiki kereta Proton Saga berwarna putih dan aksi itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di situ.

“Keesokannya, individu dipercayai lelaki sama memanggil nama dan melambai ke arah kanak-kanak berkenaan ketika dia turun dari van sekolah untuk ke Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA),” katanya di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 7:57 AM