THE A.C.A.B dianggotai Max (vokal dan gitar),  Edy (gitar), Irfan (dram) serta Mono (bass).
THE A.C.A.B dianggotai Max (vokal dan gitar), Edy (gitar), Irfan (dram) serta Mono (bass).
Ramlah Zainal


Nama kumpulan The A.C.A.B pastinya sudah tidak asing lagi buat penggemar muzik alternatif di negara ini. The A.C.A.B antara antara kumpulan paling penting dalam arena muzik 'underground' dan pernah menjadi ikon muzik indie tanah air.

Kumpulan ini menampilkan anggota asal termasuk Max (vokal dan gitar), Edy (gitar), Irfan (dram) serta Mono (pemain bass).

Terbaru, kumpulan The A.C.A.B kembali mengubat kerinduan peminat muzik indie menerusi showcase 'This Is The A.C.A.B: Indie Nostalgic Showcase 2024' yang akan berlangsung di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara jam 8.30 malam pada 1 Jun depan.

Selepas berehat selama 18 tahun, kumpulan The A.C.A.B kembali untuk memukau peminat dalam sebuah persembahan yang akan membawa peminat untuk mengimbas malam yang penuh dengan kehangatan dan nostalgia lama.

Showcase yang bakal ditampilkan bukan sekadar persembahan biasa sebaliknya pertemuan istimewa antara kumpulan itu dengan peminat setia mereka.

"Kami berharap peminat muzik dan band kami akan berkumpul pada malam tersebut untuk bersama-sama bernostalgia dengan lagu-lagu kami.

"Inilah masanya untuk berkumpul semula kerana showcase ini akan diadakan hanya satu malam sahaja di Mutiara Damansara," kata Megat mewakili kumpulan yang turut merupakan penganjur bagi showcase ini kelak.

SELEPAS sekian lama The A.C.A.B hiburkan peminat dalam showcase khas.
SELEPAS sekian lama The A.C.A.B hiburkan peminat dalam showcase khas.

Peminat akan dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu ikonik kumpulan itu yang pernah menggegarkan pentas muzik indie tempatan.

Tidak ketinggalan, peminat akan disajikan dengan persembahan eksklusif dari album This Is The A.C.A.B, yang juga album indie terlaris di Malaysia selama tiga minggu berturut-turut pada 2006.

Tiket untuk menyaksikan showcase ini bermula dari RM115 hingga RM135 layari laman web myticketempire.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2024 @ 6:30 AM