SUAREZ (kiri) meraikan jaringannya bersama Messi (tengah).
SUAREZ (kiri) meraikan jaringannya bersama Messi (tengah).
AFP

Madrid: Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar terbabit dalam gerakan menjaringkan gol ketika Barcelona kembali menemui sentuhan kemenangan dalam saingan La Liga apabila membelasah Leganes 5-1 kelmarin.

Dalam perlawanan lain, Antoine Griezmann dan Fernando Torres masing-masing meledak dua gol ketika membantu melonjakkan Atletico Madrid ke tangga keempat menerusi kemenangan 5-0 ke atas Sporting Gijon.

Atletico akan bertandang ke Bernabeu untuk bertemu Barcelona, Khamis nanti.

“Kami memulakan perlawanan dengan baik. Jika kami turun dengan memikirkan hanya untuk menang, kami pasti bergelut untuk mencatat keputusan selesa,” kata pengurus Barca Luis Enrique.

Messi, Suarez dan Neymar baru bergandingan buat kali kedua musim ini dan mereka bertanggungjawab membelasah Celtic 7-0 pada saingan Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 5:15 AM