MOHD Zailan (dua dari kanan) menunjukkan parang yang dirampas. FOTO Muhamad Sulaiman
MOHD Zailan (dua dari kanan) menunjukkan parang yang dirampas. FOTO Muhamad Sulaiman
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Langat: Tiga lelaki berusia 19 hingga 26 tahun yang aktif melakukan samun bersenjata di sekitar daerah Kuala Langat sejak sebulan lalu ditahan polis di Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Zailan Tasir berkata, suspek ditahan kira-kira jam 12 tengahari oleh anggota kereta peronda yang curiga dengan kehadiran Myvi di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, suspek dilaporkan terbabit dengan dua kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka dan stesen minyakAhad dan Isnin lalu di daerah ini dan Klang.

"Polis merampas dua bilah parang, kad bank, tabung duit syiling dan sebuah Myvi yang dilaporkan hilang di Klang baru-baru ini.

"Semua suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 1:09 PM