Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Langat: Polis menahan seorang lelaki ketika cuba menceroboh masuk kawasan rumah penduduk di Saujana Putra, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Zailan Tasir berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan pada 1.30 petang oleh penduduk kawasan berkenaan.

Beliau berkata, polis yang mendapat maklumat mengenai kejadian kemudian bergegas ke lokasi sebelum menahan suspek untuk siasatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui pelbagai barangan pecah rumah seperti pemutar skru, gergaji, kuku kambing, playar, sarung tangan dan gas pembakar besi.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan pecah masuk bangunan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 7:29 PM