Mohammad Asyraf Khalib

CIMB Bank Berhad (CIMB) baru-baru ini melancarkan siri Kad Kredit Mastercard CIMB Travel untuk memperluaskan rangkaian faedah dan ganjaran yang dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan pengembara moden. 

Siri baharu ini termasuk kad kredit CIMB Travel World Elite, CIMB Travel World dan CIMB Travel Platinum. Setiap kad telah disesuaikan mengikut segmen pelanggan yang berbeza bagi memenuhi keperluan perjalanan dan gaya hidup khusus bagi menjadikan setiap detik pengalaman perjalanan mereka lebih bermanfaat.

Dengan moto 'Perjalanan anda. Lebih cepat daripada anda sangkakan', ketiga-tiga siri kad kredit ini  menawarkan kadar penukaran sehingga satu-sama-satu Mata Syarikat Penerbangan (Miles) serta ganjaran mata hotel, membolehkan pelanggan mempercepatkan kutipan mata untuk menebus tiket penerbangan dan penginapan hotel menerusi 11 syarikat penerbangan dan tiga rakan kongsi rangkaian hotel di seluruh dunia. 

Dengan kadar pungutan mata yang dipercepatkan, pengguna kad kredit boleh mula merancang perjalanan ke destinasi yang seterusnya sebaik sahaja mereka pulang.

Kad kredit Flagship CIMB Travel World Elite menawarkan keistimewaan terbaik dalam siri ini dengan keupayaannya dalam meningkatkan pengalaman perjalanan. 

Untuk setiap perbelanjaan RM1 ke atas kad, pelanggan dapat menikmati 10 kali mata bonus*, menawarkan kadar penukaran satu-sama-satu Mata Syarikat Penerbangan (Miles) atau ganjaran mata hotel yang boleh digunakan untuk penebusan penginapan hotel dan naik taraf penerbangan*. Yuran tahunan adalah RM1,215.09 untuk prinsipal sahaja.

Pemegang kad CIMB Travel World Elite boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa dengan akses ruang istirahat lapangan terbang 12 kali setiap tahun. Akses ini termasuk Plaza Premium First yang lebih eksklusif dan Plaza Premium Lounge bagi kedua-dua pemegang kad prinsipal dan tambahan.

Dengan tawaran Wi-Fi dalam penerbangan yang pertama di pasaran, kad ini memastikan pelanggan kekal berhubung, sama ada untuk urus niaga atau memulakan langkah pertama dalam meneroka destinasi baharu. Pemegang kad utama berpeluang mendapatkan pulangan tunai sehingga RM80* untuk perbelanjaan Wi-Fi dalam penerbangan.

Selain itu, pemegang kad boleh menikmati perjalanan mereka tanpa memikirkan kos tambahan kerana kad ini tidak mempunyai yuran atau caj tambahan untuk perbelanjaan luar negara. Kad ini juga menawarkan pelan perlindungan komprehensif yang merangkumi perlindungan insurans perjalanan sehingga AS$500,000 serta elaun kuarantin diagnosis Covid-19 luar negara sehingga AS$150 sehari, insurans rideshare, perlindungan kerosakan pelanggaran (CDW Excess sahaja)*, perlindungan dompet, telefon bimbit dan pembelian e-dagang.

Kad kredit CIMB Travel World turut disertakan dengan faedah yang dipertingkatkan dengan  menawarkan sehingga lapan kali mata bonus bagi setiap perbelanjaan RM1 untuk perbelanjaan perjalanan*, seperti urus niaga dan penerbangan luar negara serta perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta. Yuran tahunan adalah RM554.72 untuk prinsipal sahaja.

Pengembara juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM50* untuk perbelanjaan Wi-Fi dalam penerbangan bagi setiap kitaran penyata.

Di samping itu, pemegang kad CIMB Travel World boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa dengan  akses ruang istirahat lapangan terbang sehingga 12 kali setiap tahun*. Akses ini termasuk Plaza Premium First yang lebih eksklusif dan Plaza Premium Lounge bagi kedua-dua pemegang kad prinsipal dan tambahan. 

Kedua-dua kad  CIMB Travel World Elite dan CIMB Travel World juga termasuk dalam keahlian HoteLux Elite Plus dan Elite selama 12 bulan. HoteLux ialah aplikasi tempahan hotel mewah yang menghubungkan pengguna dengan lebih 4,000 pilihan hotel mewah di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara seperti St. Regis, Grand Hyatt dan Four Seasons. 

Ia juga membolehkan pengembara memperoleh mata untuk kedua-dua program kesetiaan hotel, seperti World of Hyatt, dan program HoteLux pada masa yang sama. Ahli juga dapat menikmati mata alu-aluan  sebanyak 2,000 mata HoteLux bagi Ahli Elite Plus manakala ahli Elite pula mendapat 1,000 mata HoteLux. Mata ini boleh ditukar dengan baucar bilik atau makanan. 

Lebih menarik, kedua-dua kad CIMB Travel World Elite dan CIMB Travel World menawarkan penginapan bilik empat malam tanpa bayaran di hotel Marriott Vacation Club yang mengambil bahagian di Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand.

Melengkapkan siri ini adalah kad kredit CIMB Travel Platinum peringkat permulaan, pilihan yang sesuai untuk pengembara baru kerana ia menawarkan kesederhanaan tanpa mengabaikan ganjaran, dengan sehingga lima mata bonus untuk setiap RM1 yang dibelanjakan bagi perjalanan*. 

Tanpa komitmen yuran tahunan, ia adalah teman perjalanan yang mesti dimiliki bagi mereka yang mencari pengalaman perjalanan dengan manfaat yang cukup berbaloi. 

Pemegang kad ini akan menikmati faedah yang sama seperti sehingga empat kali akses di Plaza Premium First dan Plaza Premium Lounge pada setiap tahun, pulangan tunai untuk perbelanjaan Wi-Fi dalam penerbangan sehingga RM30* bagi setiap kitaran penyata.

Selain itu, antara ciri unik tambahan khas untuk kad kredit ini adalah dua* kali perjalanan ke lapangan terbang menggunakan Grab setiap kalendar tahun.

Paling penting, semua pemegang kad CIMB Travel Platinum dilindungi dengan perlindungan insurans komprehensif sehingga RM1 juta.

Siri Kad Kredit Mastercard CIMB Travel baharu membolehkan pengguna dan pengembara moden yang bijak menikmati pelbagai faedah luar biasa, inovatif dan bermanfaat, sesuai dengan keutamaan perjalanan serta gaya hidup mereka yang unik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kad kredit CIMB Travel World Elite, CIMB Travel World dan CIMB Travel Platinum baharu serta cara memohon, layari www.cimb.com.my/trvlcc.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2023 @ 9:18 AM